Semuanya bermula hanya dengan ikatan sebagai seorang teman ... namun setelah sekian lama hubungan sebagai teman itu mungkin akan berubah menjadi sesuatu hubungan yang lebih istimewa... hanya masa dan takdir yang boleh menetukan semuanya sama ada kita boleh menerima sebuah ikatan sahabat itu menjadi satu hubungan yang istimewa ataupun tidak... siapa sangka orang yang selama ini pendiam, suka bergaul dengan orang dan sedikit pun tidak menunjukkan rasa suka pada kita , tiba-tiba menyatakan hasrat untul mengenali kita dengan lebih dekat... adakah itu tidak dirasakan sebagai satu perkara yang pelik, lebih-lebih lagi jika seseorang tersebut adalah orang yang sangat suka mengusik kita. Mungkin perkara itu adalah sesuatu perkara yang biasa terjadi disekeliling kita.....selalunya mereka yang sering menguji dan diuji orang lain itu bermakna dia sedang diperhatikan tidak kiralah dari segi gaya kelakuannya, sifatnya, cara si dia melayan karenah dan lain-lain...... erm apa-apa pun jika sebuah ikatan persahabatan itu menjadi semakin erat sehingga ke hubungan yang istimewa peliharalah ia sebaik mungkin....dan apabila satu hari nanti hubungan istimewa itu terputus di tengah jalan janganlah ia juga menjadi sebab putusnya sebuah ikatan persahabatan kerana walaupun si dia bukanlah lagi seorang yang istimewa buat kita tetapi si dia merupakan seseorang yang pernah mengenali kita sebagai sahabat dan itu adalah kekal sehingga ke akhir hayat kita....dan anggaplah segala kenangan sama ada pahit atau manis sepanjang kita mempunyai hubungan yang istimewa bersamanya itu sebagai mimpi terindah yang pernah dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu sahaja..... dan andainya si dia pernah menyakiti kamu janganlah kamu membencinya sedalam-dalam hati kamu.... anggaplah itu sebagai satu gurauan yang kasar daripada seorang sahabat dan dia telah memohon maaf diatas kesalahannya itu.... SAYANGILAH TEMAN ISTIMEWA KAMU SEUTUHNYA JIKA DIA PERNAH MENJADI SAHABATMU , SAYANGILAH SI DIA YANG TIDAK LAGI SERASI DENGANMU SELAMANYA KERANA WALAU BAGAIMANA SEJARAH KAMU DENGANNYA DIA MASIH SAHABATMU...... :)
p/s :- nie adlh sebagai nasihat dan ingatan untuk semua dan juga diriku sendiri tidak ada kena mengena denga sesiapa pun :) bagi yang merasakan perkara ini terjadi pada dirinya dan membuat kamu terasa saya memohon seribu kemaafan.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment